Tuesday, November 24, 2009

Program Score A

Apakah Score A Programme™ ?

* Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah Pembelajaran Output?

* Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.

* Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
o Kena periksa jawapan sendiri
o Tidak boleh mengulang soalan
o Tiada pemantauan masa
o Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
o Tidak Interaktif

Apakah Pembelajaran Input?

* Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.

Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?

* Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Kenapa Score A?

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Thursday, November 19, 2009

Kata-kata Mutiara Hati


Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab


Sunday, November 15, 2009

IMPIAN ( MIRAI )


MANUSIA telah diciptakan dengan sebuah KEKAYAAN hebat yang dianugerahkan oleh TUHAN. Namun ramai manusia hanya berangan-angan bukan berimpian untuk menjadi kaya. Saya katakan ia berangan-angan kerana mereka tidak serius pun terhadap apa yang mereka fikirkan tentang sesuatu yang mereka ingin capai. Pada masyarakat orang melayu ia sering disebut Angan-angan Mat Jenin. Sedangkan angan-angan ke , impian ker sama sahaja. Namun penegasan saya tentang IMPIAN saya menekankan kepada betapa seriusnya seseorang itu memikirkan apa yang ingin dicapai atau yang dinginkan pada masa depannya. Mereka menulis perkara-perkara yang mereka impikan bukan hanya berawangan dimainan fikiran. Mereka dapatkan gambaran yang lebih jelas dan mereka menatapnya setiap hari.

Jadi apakah IMPIAN ANDA, Sudahkah dituliskan di sehelai kertas atau buku atau diari? atau Sudahkah di buatkan gambaran atau mengambil gambar-gambar terhadap apa yang ingin dicapai sebelum kita membuatnya dalam PROGRAM MINDA kita. Ramai orang mengabaikan hal ini . Mereka BERIMPIAN BESAR tetapi langsung tidak serius dengan apa yang mereka impikan. Akhirnya SIKAPsambil lewa dan sikap kita yang TERLALU SELESA dengan tahap Zon Selesa sekarang telah MEMBUNUH SEMUA IMPIAN yang kita ada. Siapakah PEMBUNUH IMPIAN ITU ? Anda sendirilah yang membunuhnya..

IMPIAN anda tidak semestinya terletak pada gambaran material sahaja seperti inginkan kekayaan wang ringgit , kereta mewah , rumah yang besar , pergi melancong tetapi ia mungkin lebih bercorak subjektif seperti melihat keluarga anda hidup dalam keadaan selesa dan bahagia, anda dapat masa yang benar-benar berkualiti dalam kehidupan anda , anda berasa puas dengan apa yang anda kerjakan , anda dapat luangkan dan berikan masa yang banyak untuk melakukan hal-hal peribadatan dan sebagainya. Walauapa pun IMPIAN anda ,

anda PERLU MENULISNYA...

anda PERLU MENCARI SEBABNYA mengapa anda mesti capai impian

anda PERLU MEMPUNYAI 'TIME FRAME"

Setiap ORANG MEMPUNYAI POTENSI HEBAT yang telah diberikan oleh TUHAN untuk mencapai IMPIAN mereka. Namun saya melihat CUKUP JELAS perbezaan antara ORANG YANG BERJAYA dengan ORANG YANG BIASA-BIASA.

Sikap dan tindakan mereka cukup jauh berbeza dimana orang yang biasa-biasa TERLALU BANYAK ALASAN yang diberikan

Orang yang biasa-biasa TIDAK SEBERANI orang yang BERJAYA

Orang yang biasa-biasa TIDAK MEMPUNYAI IMPIAN HEBAT

Orang yang biasa-biasa hanya berfikir CUKUP MAKAN JADILAH ..

Orang yang biasa-biasa tidak ada MATLAMAT dan HALATUJU yang JELAS

Orang yang biasa-biasa MALAS NAK BERFIKIR LEBIH

Orang yang biasa-biasa SEMANGATNYA , adalah SEMANGAT BUIH COCA-COLA

Saya memang tak nak jadi orang biasa-biasa .. Didepan mata saya sendiri melihat orang yang berjaya dalam bisnes seperti bisnes MLM adalah mereka yang kuat kerja , yang jarang sekali mendengar pelbagai alasan , yang mempunyai FOKUS dan Matlamat yang jelas , apatah lagi untuk bersikap BERPUTUS ASA dengan ujian. Mereka meletakkan satu IMPIAN dihadapan dengan CUKUP JELAS , MATLAMAT yang CUKUP JELAS dan sering di bayangkan dalam MINDA dan sekaligus MINDA MEMBANTU untuk mencapai apa yang mereka impikan.

JANGAN TAKUT BERIMPIAN kerana ianya PERCUMA ...

Saya juga mempunyai impian dan impian itu saya sering GAMBARKAN dalam bentuk lukisan dan sering bayangkan setiap hari dalam minda saya. Ada sesetengah impian yang saya CETUSKAN pada awal tahun 2009 telah saya capai dan ada lagi yang masih belum saya capai dan sedang berusaha mencapainya.

INGAT INI !!! Minda ANDA cukup AJAIB dan BERKUASA untuk membantu anda mencapai impian anda. Gunakan KUASA MINDA .. Bayangkan secara jelas apa yang anda inginkan dan jika anda bekerja makan gaji TIDAK MUSTAHIL anda juga mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan.

INGAT INI !!! JANGAN jadikan MAJIKAN ANDA sebagai PENGUASA dan PENGAWAL kepada berapa banyak pendapatan yang anda inginkan . Jangan JADIKAN latarbelakang PENDIDIKAN anda halangan untuk anda menjana pendapatan 5 angka kerana ramai orang yang TIDAK MASUK UNIVERSITI mampu menjana pendapatan yang hebat. BUKAN itu KAYU UKURNYA , semuanya terletak pada MINDA dan SIKAP anda. SEMANGAT dan USAHA anda.....

Saya tidak meminta anda menjadi PEMBURU Wang tetapi saya nak katakan KITA SEMUA HARUS KAYA dan BANYAK WANG kerana dengan itu kita dapat membantu diri kita , ahli keluarga dan adik beradik kita dan membantu orang lain yang kurang keupayaan . Tuhan telah menyediakan banyak SUMBER REZEKI jadi kenapa kita harus biarkan sahaja. Lihat sahaja pokok balak di hutan , Allah tumbuhkan PERCUMA tetapi siapa yang melihat dan mengambil peluang itu . Saya pun baru sedar sekarang !!! Jadi dengan kekuatan yang sedikit kita ada ini kerana MINDA KITA DARI DAHULU telah DIPROGRAMKAN seperti itu , kita amat perlu memerlukan antara satu sama lain untuk melatih MINDA KITA MENJADI MINDA SUPERHERO dan kita mampu memprogramkannya kepada MINDA yang HEBAT....

Jangan lagi BAGI ALASAN kepada IMPIAN anda jika anda ingin mencapai IMPIAN anda.

Keluarkanlah diri anda sedikit dari ZON SELESA .

Beranilah BERTINDAK dan MENGAMBIL KEPUTUSAN

Kejayaan PASTI memerlukan PENGORBANAN baik wang ringgit , masa , perasaan dan tenaga.

ANDALAH yang menentukan apa yang anda ingin capai dan jadi. Jangan biarkan ORANG LAIN MENGUASAI DIRI ANDA , tetapi anda gunakan sumber-sumber disekelilin yang anda anda untuk MENJADIKAN ANDA SEORANG INSAN LUAR BIASA kerana ANDA PERNAH MENJADI JUARA dan SEROANG INSAN LUAR BIASA..

ANDALAH JUARANYA , JANGAN MENGAKU KALAH , JANGAN BERPUTUS ASA

Ambil LANGKAH PROAKTIF SEKARANG..

Hanya orang RAJIN , MINDA POSITIF , MISKIN ALASAN mampu mencapai kejayaan.

Dengan ini saya YAKIN ANDA adalah seorang INSAN YANG HEBAT , LUAR BIASA , RAJIN , POSITIF , BERSEMANGAT , TIDAK PUTUS ASA dan mempunyai IMPIAN HEBAT untuk DICAPAI ...

Anda adalah APA YANG ANDA FIKIRKAN dan RASAKAN ..

Jangan sesekali berkeluh kesah kerana manusia tidak diciptakan untuk berkeluh kesah ,

Jangan sesekali merungut dengan kehidupan anda sekarang tetapi CIPTAKANLAH Suasana Baru untuk MENCIPTA IMPAN baru anda dan FIKIRKAN POSITIF

Friday, November 13, 2009

MATRADE


Pada 11hb & 12hb November, saya telah menyertai Pameran Antarabangsa di MATRADE. Selama 2 hari di sana saya di tugaskan sebagai penterjermah untuk bahasa Jepun. Pameran ini bertumpu pada Macthing Business antara syarikat dari luar negara dengan syarikat di Malaysia. Hampir keseluruhan negara berkumpul di sini untuk mengembangkan perniagaan masing2 dan juga mencari peluang baru di Malaysia.

Di sana seramai 17 orang di lantik sebagai penterjermah Syarikat Jepun. Suasana di amat menyorokkan kerana dapat berkenalan dengan Pemilik Syarikat dari luar negara dan dalam negara yang ingin mengembangkan perniagaan dan mencari peluang perniagaan baru.

Sunday, November 1, 2009

Malam Mengapai Bintang ( Putrajaya Marriot Hotel )

Malam Mengapai Bintang Merupakan Malam Gemilang Bagi Kami Di ZRB Group. Malam yang menghargai setiap penat lelah ahli dalam mengembangkang Program ScoreA. Pada malam ini juga telah berlangsung penyerahan kerjasama dari Pihak Bank Muamalat dgn Kenshido SDN BHD. Bank Muamalat telah bersetuju untuk memberi pinjaman kepada usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam program usahawan SocreA. Program ScoreA telah mendapat pengiktiran Syariah dari panel Syariah.




Banner di Pintu mAsuk














Kad jemputan Malam Mengapai Bintang.















Aturcara Majlis













Bergambar Bersama Sifu













SIfu Dan Kenshido CEO



























Antara Penerima Anugerah